Kamu hebat.

Image result for photography struggle




Definisi hebat bagi kamu itu apa?

Ada orang belajar tinggi berpangkat itu disangka hebat.
Ada orang bergaji besar, berkereta mewah itu hebat.
Ada orang istiqamah di jalan agama sejak kecil itu dikatakan hebat.
Ada orang lantang bersuara itu terlihat hebat.

Lalu, 
bagaimana dengan sekalian manusia lainnya yang bersusah payah kais pagi untuk makan pagi dan malamnya?
bagaimana dengan manusia yang meninggalkan pelajaran untuk keluarganya? 
bagaimana dengan manusia yang bekerja demi menanggung saudaranya?
bagaimana dengan manusia yang jatuh bangun iman bertatih menuju Rabb-nya?

Bagi aku, semua kita ini hebat. Lain orang, lain pencapaiannya. Kita semua sedang berusaha, kita semua sedang berjuang. Tidaklah ada seorang manusia yang benar-benar hendak berbuat kurang atau jahat, melainkan kerna keadaan benar-benar mendesak. Bukanlah tugas kita manusia, menghukum mana-mana orang itu sebagai lemah atau tidak hebat. Mungkin nampak kurang pencapaian dunianya, tetapi hebat ibadahnya. Benar, itu bukan urusan kita.

Mana mungkin kita tahu di mana dia dan kita di sisi Allah SWT.

Hanya kerana kita rasa kita berada di tempat yang lebih baik, dalam keadaan yang lebih selamat, kita mula merasa lebih dari manusia lain. Walhal, manusia itu sama pada pandangan Allah melainkan kita beriman. Aku yakin, terdapat dua golongan dalam dunia ini adalah untuk kedua-duanya menjadi ujian sesama mereka. Sepertimana yang kaya teruji dengan yang miskin, dan begitulah sebaliknya.

Kamu hebat
Teruslah menjadi hebat dan kuat.

Semoga setiap langkah, diredhai.


Comments

Popular Posts